Jenayah

Tanah runtuh di Myanmar, 11 maut

YANGON, MYANMAR: Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh manakala puluhan yang lain dilaporkan masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di sebuah kawasan perlombongan jed di pedalaman utara Myanmar, menurut pihak berkuasa.

Pegawai tempatan di negeri Kachin, Nilar Myint memberitahu, penduduk tempatan dan pasukan penyelamat bertungkus lumus mencari mayat mangsa selepas tanah runtuh melanda bandar Hpakant akibat hujan lebat sepanjang malam kelmarin.

“Setakat ini kami telah menemui 11 mayat. Ketika kejadian, kira-kira 50 orang sedang mencari jed,” katanya.

Usaha menyelamat masih diteruskan namun menghadapi kesukaran berikutan masalah kekurangan pengangkutan dan infrastruktur komunikasi yang lemah.

Difahamkan, kawasan itu sering mengalami kejadian sama sepanjang tahun lalu, dan mangsa terlibat biasanya merupakan pekerja yang berpindah dari satu tempat ke satu tempat mencari kepingan jed ditinggalkan syarikat perlombongan perindustrian. – AFP

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");