Membawang Hari Ini

Tawaran mencurah: Fasha anggap rezeki anak

PELAKON berbakat besar, Fasha Sandha menyifatkan segala tawaran lakonan dan duta yang diterimanya pada tahun ini sebagai rezeki anak-anak.

Menurut ibu kepada Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram, 3, dan Putri Raysha Jemaima Rizal Ashram berusia setahun, jadual seninya padat sehingga ke penghujung tahun ini.

“Alhamdulillah sejak awal tahun hingga hujung tahun ini, jadual seni saya memang padat. Selain terlibat dengan penggambaran, saya juga terlibat dengan beberapa program sebagai duta.

“Bagi saya rezeki yang saya terima pada hari ini adalah rezeki ALLAH SWT untuk anak-anak saya,” katanya ketika ditemui pada majlis prebiu media Syukur Selalu Ramadan TV3, TV9 dan Tonton 2016 di Hotel Le Meridien, baru-baru ini.

Selain Fasha, Uqasha Senrose, Amar Asyraf, Fattah Amin, Hafidz Roshdi, Janna Nick dan Raja Afiq turut dilantik sebagai duta Syukur Selalu 2016.

Menurut pemilik nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 32, sebagai duta, dia akan terlibat dengan program dari TV3, TV9 dan Tonton.

“Saya bersama duta yang lain akan turut ke Bazar Syukur Selalu yang akan diadakan di Kedah dan Johor. Selain itu, kami juga akan terlibat dengan program Jom Masjid di Perak dan Melaka.

“Selain itu, drama lakonan saya, Bibik-Bibikku, iaitu sebuah drama komedi akan ditayangkan di TV3 bermula Ramadan ini.

“Saya juga sibuk di lokasi penggambaran drama 100 episod, Lara Aishah dan beberapa program lain,” katanya.

Biarpun sibuk dengan kerjayanya, Fasha berkata, dia tetap meletakkan anak-anaknya sebagai keutamaan dan akan meluangkan masa sebaik mungkin dengan cahaya matanya itu.

“Sesibuk mana pun saya, dalam seminggu, saya pastikan akan mempunyai masa untuk mereka kerana mereka adalah keutamaan saya.

“Alhamdulillah tawaran yang datang juga selalunya sudah diberitahu dan dipastikan, jadi jadual sudah disusun lebih awal,” katanya.

Selain drama, Fasha juga bakal muncul menerusi filem Anak Mami Nasi Kandaq yang bakal menemui penonton pada 1 Syawal nanti dan filem Dukun Doktor Dani arahan Sabri Yunus.

Bukan itu sahaja, Fasha juga meneruskan tugasnya sebagai duta minyak wangi Fasha Sandha by D’Haja, duta Johor Grandeur Fiesta bersempena Jualan Mega Johor 2016 dan Tahun Melawat Johor 2017 serta duta hijab Fasha Sandha by Milyunir

“Saya menganggap tawaran sebagai duta Johor Grandeur Fiesta sebagai penghormatan buat saya dan menghargai negeri kelahiran saya,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");