Perak Hari Ini

The Bos Gaurus Kecewa

IPOH : Impian skuad The Bos Gaurus untuk mara ke final Piala FA terpaksa dilupakan apabila tewas di tangan PKNS FC, 2-1 di Stadium Perak, malam tadi.

Pasukan PKNS mendahului jaringan gol di minit ke-6 hasil jaringan Matias Nicolas Hadwa.

Di separuh masa pertama, cubaan demi cubaan pasukan tuan rumah untuk membolosi gawang gol pasukan lawan gagal.

3

Perak berjaya menyamakan kedudukan sebaik separuh masa kedua bermula apabila Nazirul Naim Che Hashim menjaringkan gol pada minit ke-46.

Pasukan pelawat kemudiaannya berjaya mendahului perlawanan pada minit ke-68 apabila Juan Manuel Corbelli berjaya menambah jaringan bagi PKNS FC.

Bermain di hadapan 27,000 penonton, ianya ternyata memberi semangat kepada skuad The Bos Gaurus untuk memberikan aksi-aksi terbaik, namun gagal untuk mendahului jaringan.

FB_IMG_1462031347934

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenan berangkat ke Stadium Perak untuk memberikan sokongan kepada skuad The Bos Gaurus.

Turut hadir mengiringi baginda ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan barisan kepimpinan negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");