Berita Hari Ini

Tiada kesan positif lepas lantik gabenor baharu

SHAH ALAM – Pelantikan Datuk Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) baharu yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak pada 27 April lalu didakwa tidak menunjukkan kesan positif terhadap pasaran dalam Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) di Bursa Malaysia.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, pengumuman Perdana Menteri itu hanya menyaksikan kejatuhan 0.01 mata dan ditutup pada 1,692.34 pada hari sama.

“Sejak itu, indeks KLCI jatuh tiga hari berturut-turut dan tutup pada 1,672.72 mata pada 29 April sebelum hujung minggu yang panjang ini.

“Kejatuhan tiga hari berturut-turut itu menjadi respons pelantikan Muhammad Ibrahim tetapi bukanlah salah beliau, malah saya berpendapat bahawa pengalaman 32 tahun di Bank Pusat menjadikannya calon terbaik dalam BNM sendiri,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Muhammad dilantik sebagai Gabenor BNM untuk tempoh lima tahun mulai 1 Mei 2016.

Pelantikan beliau bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 30 April lalu.

Mengulas lanjut, Lip Eng berkata, indeks KLCI dan pasaran kewangan tempatan serta luar negara akan memberi respons positif sekiranya Muhammad menyatakan ketegasan untuk menyiasat semula kemungkinan wujudnya penipuan dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");