Jenayah

Tiga maut, Honda Civic bertembung Proton Wira

TANAH MERAH – Tiga lelaki maut manakala tiga lagi remaja perempuan cedera parah selepas terlibat kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer 2.4 Jalan Tanah Merah – Pasir Mas di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1.15 pagi itu, Tan Hock Sun, 28, yang memandu kereta Proton Wira maut di tempat kejadian.

Dua lagi remaja lelaki iaitu pemandu kereta Honda Civic, Mohd. Alif Amani Mohd. Zardi, 20, dan penumpang hadapan, Muhammad Salihin Yasar, 17, meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Tanah Merah.

Tiga remaja perempuan iaitu penumpang kereta Honda Civic, Nurul Atika Abdullah, 17, Nurul Idayu Nasri, 18, dan Nor Asmira Mahadi, 21, dilaporkan cedera parah sedang dirawat di hospital sama.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Honda Civic yang dinaiki lima remaja berkenaan hilang kawalan ketika dalam perjalanan menuju ke Pasir Mas.

-Kosmo

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");