Sukan Hari Ini

Tonik Gergasi

Shah Alam: Pengendali Selangor, Zainal Abidin Hassan lega apabila skuad kendaliannya bakal beraksi di Stadium Shah Alam apabila bakal melayan kunjungan Terengganu FC II (TFC II) dalam saingan Liga Super, malam ini.

Selepas menggunakan gelanggang kedua di Stadium Majlis Perbandaran Selayang sebelum ini susulan penutupan Stadium Shah Alam bagi kerja pemulihan padang sejak awal musim ini, Zainal mahu anak buahnya menuai tiga mata penuh menerusi aksi itu nanti.

Menurut bekas pemain kebangsaan itu, penting untuk pasukannya meneruskan perjuangan dengan kemenangan bagi menekan tiga pasukan di kelompok atasan saingan.

“Saya gembira apabila kami akan memulakan aksi di gelanggang sendiri berbanding sebelum ini kerana amat memerlukan tiga mata.

“TFC II tetap menjadi lawan kami esok (malam ini). Cuma kali ini kami bermain di stadium besar yang saya kira lebih baik.

“Malah stadium ini juga banyak meninggalkan nostalgia buat kami seperti musim lalu apabila Selangor muncul juara Piala Malaysia.

“Jadi pemain sudah biasa dengan suasana pertandingan dan saya harap dapat memberi motivasi kepada pemain,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan, semalam.

Dalam sesi latihan petang semalam, Zainal memberi peluang kepada anak buahnya merasai buat pertama kali menjalani latihan dalam stadium itu selepas dibuka awal bulan ini.

Latihan dua jam itu menyaksikan pemain cuba menyesuaikan diri dengan keadaan padang baru sebelum aksi getir menentang pasukan kendalian Rahmad Darmawan yang kini berada di tangga ketiga liga di belakang FELDA United dan Johor Darul Ta’zim (Johor DT).

“Seperti saya katakan tadi, kami perlu mengutip tiga mata penuh dan itu misi utama pasukan. Saya harap barisan pemain tidak kira sesiapapun bersedia untuk diturunkan malam esok dengan memberi aksi bertenaga nanti.

“Apapun, kami sudah membuat kerja rumah dan tahu sebahagian besar kekuatan dan kelemahan mereka. Perkara paling penting tiga mata,” katanya.

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");