Jenayah

Tragedi awal pagi

Nilai: Kakitangan hotel maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 272.5 arah selatan, selepas susur Nilai, di sini, awal pagi ini.

Difahamkan Proton Saga BLM dipandu Mohd Khairudyzal Kamarudin, 39, yang dalam perjalanan ke Senawang, dekat sini, hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar belakang lori membawa muatan besi, kira-kira 6 pagi.

Sebuah pacuan empat roda dipandu lelaki warga emas berusia 63 tahun dikatakan tidak sempat mengelak dan melanggar belakang kereta mangsa.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mohd Syazwan Saidy, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian dan jentera serta Unit Penyelamat dan Paramedik (EMRS) ke lokasi kejadian.

Menurutnya, pihaknya mengambil kira-kira lima minit untuk mengeluarkan mangsa yang disahkan meninggal dunia manakala pemandu lori dan pacuan empat roda tidak cedera.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");