Isu Panas

Tuan Ibrahim juga diarah pulang

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man perlu meninggalkan Sarawak, hari ini setelah kebenaran memasuki negeri itu yang diperolehnya hanya sah sehingga 5 Mei.

Perkara itu dimaklumkan Tuan Ibrahim melalui Facebooknya, baru-baru ini.

“Cadang untuk berada di Kuching sehingga 7 Mei tapi kelulusan hanya diberi sehingga 5 Mei,” tulisnya sambil memuat naik sekeping gambar salinan pas lawatan sosial yang dicop Jabatan Imigresen.

Tuan Ibrahim tiba di Sarawak pada 3 Mei lalu untuk membantu calon Pas berkempen pada Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Sebelum ini, beberapa pemimpin pembangkang lain turut menerima nasib sama dan diarah meninggalkan Sarawak sebelum tarikh pengundian.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diminta meninggalkan Sarawak pada hari ini selepas dibenarkan berada di Sarawak selama tujuh hari.

Manakala Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diminta meninggalkan Sarawak pada 2 Mei lalu dan tidak dibenarkan masuk semula sehingga hari mengundi pada 7 Mei ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");