Perak Hari Ini

Tubuh Lembaga Selesai Masalah Jelapang Padi Kerian- Sg Manik

PARIT BUNTAR : Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN), Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar mencadangkan agar satu lembaga dapat ditubuhkan untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku dengan kawasan jelapang padi Kerian-Sungai Manik.

Ujarnya, jawatankuasa itu perlu melibatkan semua pihak termasuklah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) yang menjaga aliran air di kawasan tanaman padi Kerian-Sungai Manik.

PERAK TODAY 5

“Saya harap sebuah jawatankuasa diwujudkan yang melibatkan semua Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), pengerusi JKKK, Jabatan pertanian, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan pesawah.

“Semua pihak yang terlibat akan memberikan pandangan termasuk orang kampung dan dirumuskan masalah apa yang boleh diatasi,”katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Agung Ahli PPK Bagan Tiang di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai masalah yang dihadapi oleh pesawah di daerah Kerian yang berhadapan dengan masalah penanaman padi berikutan fenomena El Nino yang menyebabkan musim penanaman padi tertangguh.

Ujarnya, kerajaan Persekutuan akan bertanggungjawab dengan jawatankuasa itu yang mana ia akan memandang serius terhadap masalah pengairan pembangunan padi di Kerian-Sungai Manik.

PERAK TODAY 3

Dalam masa yang sama, Raja Ahmad Zainuddin berkata, antara langkah yang boleh dilakukan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pesawah untuk jangka masa panjang adalah dengan membina terusan.

“Terusan itu lebih baik sebab ia memanjang dan kos untuknya juga tidak begitu besar. Kalau buat empangan, ia untuk menakung air tetapi memerlukan keluasan yang besar.

PERAK TODAY 4

“Kalau terusan, ia boleh dibuat di kawasan kampung. Buat ban pun dah okay supaya air itu tidak melimpah,”ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru agar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dapat mempertimbangkan pembayaran pampasan yang telah dibelanjakan oleh 1,300 petani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");