Sukan Hari Ini

Tugas getir Red Giants

PENOLONG kapten Selangor, Razman Roslan tidak menganggap pasukannya mendapat laluan mudah walaupun diundi bersama Kelantan, Pahang dan Kuala Lumpur dalam Kumpulan B saingan Piala Malaysia musim ini.

Razman percaya skuad The Red Giants bakal berdepan ujian getir daripada tiga bekas juara itu yang pernah melakar sejarah cemerlang dalam perlawanan merebut piala paling berprestij bola sepak negara berkenaan.

“Apabila kita memasuki saingan Piala Malaysia kekuatan semua pasukan adalah seimbang maka ibaratnya kita bertemu pasukan baharu meskipun pernah bertembung dalam Liga Super mahupun Superbest Power Piala FA.

“Saingan kali ini bukan mudah dan kami wajib memastikan setiap pertembungan berpihak kepada Selangor,” katanya.

Jelas bekas pemain Pahang itu, walaupun undian tersebut sedikit melegakan, namun skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan tidak boleh memandang mudah kekuatan tiga pasukan lain.

“Saingan keempat-empat kumpulan itu setara tetapi tidak boleh dianggap remeh.

“Memenangi sesuatu piala lebih mudah daripada mempertahankannya dan saya berharap tahun ini Selangor mampu mengekalkan prestasi unggul untuk meraih dua kejuaraan terakhir tahun ini,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");