Panasnya Hari Ini

Tun Mahathir Tidak Dihalang Turun Berkempen

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) tidak akan menghalang bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk turun berkempen di dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun hadapan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, adalah menjadi hak bekas Perdana Menteri itu untuk turun berkempen bagi menyokong mana-mana calon yang disukainya.

“Tun Mahathir bukan lagi ahli UMNO. Beliau telah memilih untuk berjuang di arena yang lain.

“Pada saya itu adalah hak beliau dan tanggungjawab kita sebagai penyokong BN adalah menjelaskan kepada rakyat mengapa mereka perlu untuk memilih wakil rakyat daripada BN untuk meneruskan kesinambungan kepada perjuangan kita di kawasan-kawasan berkenaan,”katanya menerusi satu klip video yang dimuat naik di portal berita Malaysia Gazette.

Ketika ditanya sama ada kehadiran Tun Mahathir dalam kempen PRK bagi kedua-dua kerusi Parlimen itu mampu memberi kesan kepada jentera BN, beliau mengakui bahawa bekas Presiden UMNO itu mempunyai pengaruh tersendiri.

“Tetapi kita harus beritahu kepada pengundi bahawa Tun Mahathir yang dahulu tidak sama dengan Tun Mahathir yang sekarang dimana beliau telah bersekongkol dengan parti yang beliau musuhi dahulu kerana kepentingan politik peribadi.

“Saya yakin kalau kita jelaskan kepada pengundi, mereka akan faham, tetapi kita tidak boleh menghalang Tun Mahathir untuk turun berkempen,”jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata tindakan yang diambil oleh Tun Mahathir itu tidak akan menguntungkan rakyat.

“Pada saya ia satu persaingan politik dan akhirnya rakyat menjadi matang dan mereka akan menilai parti mana akan menerima mandat untuk menjadi wakil mereka,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");