Panasnya Hari Ini

Usul RUU Persendirian, Bukti komitmen PAS

KUALA LUMPUR: Pembentangan Usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berkaitan hudud yang dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disambut baik oleh PAS Kedah.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, pembentangan tersebut membuktikan komitmen berterusan PAS mengangkat syiar perundangan Islam dalam kerangka demokrasi yang diamalkan di Malaysia.

“PAS Kedah mengucap sekalung tahniah kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang atas kejayaan beliau membawa Usul RUU Persendirian untuk meminda Akta 355, bertajuk Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) (Pindaan) 2016,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tegasnya, meskipun terdapat pihak-pihak yang berusaha menimbulkan kesangsian terhadap pembentangan usul tersebut, ia tidak berkesan kepada para ahli-ahli PAS.

“Bahkan ia membina gelombang sokongan rakyat muslim yang padu kepada beliau dan perjuangan PAS.

“PAS Kedah menganggap, kejayaan berkenaan adalah permulaan sebuah perjalanan yang panjang bagi memahamkan rakyat berbilang kaum betapa perundangan Islam itu bersifat adil dan sejahtera,” katanya lagi.

Terdahulu, Abdul Hadi telah membentangkan RUU berkenaan di Dewan Rakyat semalam.

Beliau kemudian mencadangkan usul itu dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang di bawah peraturan mesyuarat 15 (5).

RUU persendirian itu bertujuan meminda undang-undang Persekutuan, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, bagi membuka jalan kepada pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan dan negeri-negeri lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");