Laporan Eksklusif

`We will come to the bridge’

LONDON: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata adalah terlalu awal untuk berfikir mengenai penstrukturan semula Kabinet beliau.

“Saya belum fikirkan lagi,” kata Najib, ketika ditanya sama ada beliau akan membuat rombakan besar-besaran.

“Tetapi tentu sekali Kementerian Perindustrian Perladangan dan Komoditi perlu disusun semula termasuk di peringkat Ketua Setiausaha sekali.”

Ditanya mengenai kedudukan Menteri Kabinet yang akan tamat perkhidmatan sebagai Senator, beliau berkata: “We will come to the bridge.”

Dalam entri terbarunya di blog NajibRazak.com, malam Sabtu, Najib menyebut beliau akan membuat penstrukturan semula jemaah menteri dalam masa terdekat selepas peletakan jawatan Datuk Amar Douglas Uggah Embas sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan pemergian timbalannya, Allahyarham Datuk Noriah Kasnon,

Uggah meletak jawatan selepas beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak.

Dalam insiden pada 5 Mei lalu, helikopter yang terhempas di kawasan Sebuyau, Sarawak telah mengorbankan enam orang termasuk Noriah dan suaminya Asmuni Abdullah.

Turut terkorban Ketua Setiausaha kementerian tersebut Datuk Dr Sundaran Annamalai, Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");