Sukan Hari Ini

Wenger mula salahkan penyokong Arsenal

PENGENDALI Arsenal, Arsene Wenger menyalahkan penyokong yang menjadi punca kegagalan kelab itu menjuarai trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Menurutnya, reaksi negatif serta protes yang dilakukan penyokong menyebabkan suasana di Stadium Emirates menjadi beban buat kesemua pemain untuk meraih kemenangan dalam setiap perlawanan.

“Saya tahu dan faham kekecewaan yang dialami oleh penyokong tetapi sebagai penyokong, mereka perlu terus berada di belakang pasukan.

“Mereka tidak boleh mempersoalkan keupayaan pemain dan jurulatih. Kami juga kecewa tetapi kami harus terus berjuang,” katanya.

Wenger turut meminta penyokong Arsenal menjadi seperti penyokong Liverpool yang sentiasa positif dan memberikan sokongan kepada pasukan mereka.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");