Membawang Hari Ini

‘Yang penting jumpa keluarga’

Busana baru untuk dilaram pada Aidilfirtri bukan penting bagi pelakon dan penyanyi Ayda Jebat asalkan boleh pulang kampung berjumpa dengan keluarga.

Selebriti berasal dari Melaka ini berkata, kesibukan karier seni menjelang Aidilfitri menyebabkan dia tiada masa membeli pakaian baru.

“Saya pernah beberapa kali menyambut Aidilfitri tanpa membeli pakaian baru. Namun saya tidak kisah kerana paling penting dapat meluangkan masa bersama keluarga,” katanya.

Malah, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 23, mengakui pernah terlupa membeli pakaian baru dan pada saat akhir terpaksa membeli ‘dress’ di butik.

“Tahun itu saya memang tidak sempat menempah pakaian kerana terlampau sibuk. Akhirnya saya memilih ‘dress’ biasa di sebuah butik,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bahkan kekangan masa turut menyukarkan penyanyi lagu Pencuri Hati itu mencari masa menghasilkan lagu Aidilfitri.

“Tahun sebelum ini saya hanya mempersembahan lagu penyanyi lain ketika di majlis.

“Jadi, memang saya ada perancangan membuat lagu Aidilfitri tahun ini namun peluang itu belum tiba,” katanya.

Selain sibuk dengan karier seni, rezeki Ayda tidak terputus apabila dilantik sebagai ikon Ariani Lebaran 2016 sempena Aidilfitri nanti.

Turut dikenali dengan sikapnya yang gila-gila, tanggungjawab sebagai duta pakaian Muslimah popular itu langsung tidak memberi tekakan kepadanya.

“Tiada permintaan untuk saya mengubah sikap. Tambahan pula kalau saya tiba-tiba berubah menjadi orang lain pasti akan menimbulkan pertanyaan oleh peminat,” katanya.

Bercerita perkembangan terbaru lakonan, Ayda kini sibuk menjalani penggambaran drama Assalamualaikum Cinta yang turut menampilkan barisan pelakon terkenal Saharul Ridzwan, Emma Maembong dan Kamal Adli.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");