Sukan Hari Ini

Zulfahmi tak tertekan beraksi di Sepang

Sepang: Di sebalik gagal mengutip sebarang mata pada dua pusingan terakhir Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK), pelumba Supersport negara Zulfahmi Khairuddin mengaku tidak berdepan sebarang tekanan menjelang aksi pusingan seterusnya di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), 15 Mei ini.

Jelas pelumba pasukan Orelac Racing itu, selepas lima pusingan, dia sememangnya benar-benar menikmati saingan di WSBK dan faktor itu mendorongnya untuk tidak berasa sebarang tekanan beraksi di setiap pusingan termasuk di halaman sendiri.

“Sudah tentu apabila beraksi di halaman sendiri setiap pelumba akan merasai tekanan. Itu perkara biasa.

“Tapi untuk saya, tiada sebarang tekanan kali ini kerana saingan di WSBK adalah berbeza berbanding ketika saya beraksi di MotoGP (Kejuaraan Motosikal Dunia),” katanya ketika ditemui semalam.

Bekas pelumba Moto3 negara itu sekadar menamatkan perlumbaan Grand Prix Itali Ahad lalu di tempat ke-26 selepas berdepan masalah kotak gear.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC Datuk Razlan Razali mengesahkan tiada pelumba wild card negara beraksi pada saingan di Sepang.

“Berikutan pelbagai masalah politik dalam komuniti sukan permotoran di negara ini, maka kami tidak dapat meletakkan seorang pelumba wild card,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");