Isu Panas

Ahmad Husni umum lepas semua jawatan

SHAH ALAM – Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Bendahari Umno dan Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) hari ini.

Peletakan jawatan tersebut disahkan oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Shamsul Zairil Kamaruddin melalui kenyataan media yang dikeluarkan pada hari sama.

Selain daripada itu, Husni turut meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak, Timbalan Pengerusi BN Negeri Perak, Ketua Umno Bahagian Tambun dan Pengerusi BN Parlimen Tambun.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut memaklumkan mengenai peletakan jawatan Ahmad Husni sebagai Menteri Kewangan II ketika mengumumkan rombakan kabinet dalam sesi sidang media khas yang berlangsung petang ini.

Menerusi ucapan beliau, Najib turut memaklumkan bahawa beliau menerima keputusan Ahmad Husni dan mengucapkan jutaan terima kasih di atas khidmat baktinya selama ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");