Berita Hari Ini

Ahmad Zahid, Abe Bincang Isu Keganasan, Keselamatan Serantau

TOKYO: Isu keganasan, keselamatan serantau dan komitmen Jepun dalam pelaksanaan Dasar Pandang ke Timur 2.0 adalah antara perkara yang dibincangkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe di sini pada Selasa.

Ia dibangkitkan semasa kunjungan hormat Ahmad Zahid ke atas Abe di pejabat pemimpin Jepun itu, yang merupakan antara aturcara lawatan kerja lima hari beliau ke negara Matahari Terbit itu sejak Ahad lepas.

Ahmad Zahid berkata dalam pertemuan itu, perbincangan mereka berkisar kepada perkara berkaitan antikeganasan dan serangan siber serta keperluan mengawal keselamatan dalam penganjuran acara besar seperti Sukan Olimpik.

“Perkara sebegini tidak dapat dijangka dari awal melainkan kesiapsiagaan dilakukan. Perdana Menteri Abe merasakan Malaysia boleh memberikan kerjasama kerana soal aset dan peralatan sahaja tidak cukup untuk menangani permasalahan ini.

“Kita bersetuju memanjangkan kerjasama bukan hanya dengan pertukaran pegawai, malah perlu mengemas kini beberapa maklumat yang boleh juga digunakan oleh negara lain,” katanya.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");