Sukan Hari Ini

Aksi buruk janji menang

PORTUGAL akan terus menampilkan persembahan buruk menjelang aksi menentang Poland awal pagi esok sekiranya persembahan sedemikian dapat memberikan kemenangan kepada skuad kendalian Fernando Santos berkenaan.

Pertahanannya, Jose Fonte berkata, persembahan buruk bukanlah penting dalam sesuatu perlawanan tetapi yang menjadi penentu adalah kemenangan.

“Perkara paling penting adalah untuk berada di suku akhir. Tidak kisah jika anda bermain buruk atau cantik asalkan yang penting catat kemenangan.

“Pasukan mahu menang dan jika pamer aksi buruk mampu hasilkan kemenangan, jadi kami akan sentiasa bermain buruk,” katanya.

Portugal dikritik dalam empat perlawanan sebelum ini yang menyaksikan pasukan itu menampilkan aksi longlai, namun bernasib baik untuk menang ke atas Croatia seterusnya layak ke suku akhir.

Namun Fonte berkata, Portugal akan cuba memperbaiki corak permainan mereka dalam memastikan pasukan mara ke peringkat seterusnya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");