Panasnya Hari Ini

Ambil Iktibar dan Muhasabah Dari Keputusan PRK – Anwar

KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pembangkang agar mengambil iktibar dan bermuhasabah daripada keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, 18 Jun lalu.

Ujarnya, pembangkang perlu memahami dengan mendalam mengenai kelemahan masing-masing dan bukannya mencari alasan atau menuding jari.

“Walaupun dari sudut kecil di laman penjara ini, saya tahu bahawa keputusan PRK baru-baru ini telah mengecewakan orang ramai.

“Malaysia tidak punyai harapan untuk membina masa depan yang lebih baik buat rakyatnya atau untuk dihormati dunia di bawah rejim sedia ada, dengan seorang perdana menteri yang berada ditengah-tengah skandal kewangan yang mempunyai implikasi yang sangat luas dan melibatkan pelbagai negara,”ujarnya.

Beliau berkata demikian menerusi satu pesanan yang dimuatnaik di laman Facebook isterinya, yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar berkata, pembangkang perlu sentiasa ingat bahawa mereka mempunyai satu kewajipan untuk menjadi alternatif tulen buat rakyat.

“Ketepikan perbezaan dan perbalahan. Sampaikan keluhan dan rungutan dengan saluran yang betul. Duduklah bersama untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah.

“Mereka yang tidak percaya ini boleh dilakukan dalam PRU yang akan datang adalah salah. Tetapi untuk melaksanakannya, kita perlu bersatu.

“Ini bukanlah perkara yang mudah. Kita perlu hadapi keseluruhan kekuatan dan taktik BN yang tidak demokratik. Jika kita bersatu demi rakyat, kita akan berjaya,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");