Membawang Hari Ini

Amelina tidak ralat, yakin Ifa jadi Presiden Bintang

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Amelina menegaskan tidak ralat tidak memegang tampuk Persatuan Bintang Dangdut Malaysia (Bintang) kerana yakin dengan kepimpinan Ifa Raziah sebagai Presiden.

Amelina atau nama sebenarnya, Nurazlina Amir Sharifuddin, 42, begitu pun berharap mereka yang dipilih menggerakkan persatuan terbabit tidak tersasar daripada hala tuju sekali gus menjadikan pertubuhan itu menjadi medan menyatu padukan penggiat genre terbabit.

“Saya tahu tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya. Jadi lebih baik saya memberi laluan kepada Ifa Raziah yang lebih layak untuk menggalas tanggungjawab berkenaan. Saya enggan bergelar presiden tetapi tidak menjalankan tugas dengan baik.

“Bagi saya dan ahli lain, paling utama mereka yang dilantik sebagai tunggak persatuan tidak tersasar daripada matlamat asal. Penubuhan persatuan lebih kepada penyatuan penyanyi dangdut yang memperjuangkan irama sama. Kita tidak mahu timbul isu tikam belakang dan sebagainya.

“Malah, saya juga berharap penubuhan ini dapat membuka ruang kepada bakat baharu yang meminati bidang dangdut. Sedikit sebanyak, ia menjadi landasan untuk mengetengahkan nama mereka dalam persada seni,” katanya yang pernah dilabel sebagai Ratu Dangdut.

Bercerita mengenai bulan puasa, ibu kepada enam anak itu memaklumkan tidak mengambil tawaran persembahan sepanjang Ramadan bagi memberikan tumpuan terhadap ibadat selain memperuntukkan masa dengan keluarga.

“Sebelum ini jadual saya sarat dengan promosi sebagai duta produk selain memenuhi undangan pentas. Bersempena bulan penuh rahmat ini, saya memilih untuk memperlahankan kerjaya sekali gus berpeluang berehat seketika,” katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/168768

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");