Sukan Hari Ini

Croatia ikrar ‘rantai pergerakan’ Ronaldo esok

LENS, Perancis: Pengendali Croatia, Ante Cacic percaya pasukannya mampu mengekang kelibat peledak handalan Portugal, Cristiano Ronaldo dalam pertemuan awal pagi esok, untuk mara ke pentas suku akhir Euro 2016.

Ronaldo meledak dua gol untuk muncul selaku pemain pertama menjaringkan gol pada empat Kejohanan Eropah dan menyelamatkan Portugal daripada tersingkir awal ketika terikat 3-3 dengan Hungary, awal pagi kelmarin.

Berbeza dengan perjalanan sempurna Croatia ke pusingan 16 terakhir dengan menumbangkan juara bertahan Sepanyol untuk mengungguli saingan Kumpulan D, Portugal pula muncul satu-satunya pasukan yang tinggal dalam pertandingan belum memenangi sebarang aksi.

“Sudah pasti kami perlu berwaspada dan bertahan dengan baik ketika menentang Portugal, sebuah pasukan mempunyai kualiti individu yang hebat,” kata Cacic.

“Ronaldo adalah pemain utamanya, sasaran kami adalah untuk memastikan mereka tidak boleh menunjukkan bagaimana kemampuan dia, kami perlu membataskan pergerakan dia.”

Bos Croatia itu membuat lima pertukaran terhadap skuadnya ketika mencipta kemenangan mengejut 2-1 ke atas Sepanyol di Bordeaux, tetapi dia dijangka menamakan barisan pemain yang lebih kuat untuk pertemuan di Lens dengan tonggak tengah Luka Modric dan penyerang Mario Mandzukic bakal kembali daripada kecederaan.

“Saya tidak boleh bercakap jika mereka sudah cergas untuk beraksi 90 minit, tetapi semuanya kelihatan bagus,” tambah Cacic.

Pencapaian terbaik Croatia dalam kejohanan utama setakat ini ialah tempat ketiga di Piala Dunia 1998, juga di Perancis, dan perancang tengah Milan Badejl percaya generasi pemain ini boleh pergi lebih jauh. – AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/168117?m=1

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");