Sukan Hari Ini

Euro 2016: Portugal, Wales, Poland mara

PASUKAN Portugal, Wales dan Poland mara ke pusingan suku akhir Euro 2016 setelah berjaya mengalahkan lawan masing-masing, awal pagi tadi.

Poland terlebih dahulu layak dengan mengalahkan Switzerland menerusi penentuan sepakan penalti setelah terikat 1-1.

Pemain Poland, Krychowiak berjaya menyempurnakan sepakan penalti yang ke lima setelah pemain Switzerland Granit Xhaka gagal menjaringkan gol.

Sementara itu, Wales pula mara ke suku akhir setelah berjaya mengalahkan Ireland Utara 1-0 hasil jaringan sendiri pemain Ireland Utara, Gareth McAuley.

Manakala, Portugal pula mara setelah berjaya mengalahkan Croatia 1-0 sebentar tadi hasil jaringan Ricardo Quaresma di minit terakhir perlawanan dalam masa tambahan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");