Jenayah

Gara-gara cemburu buta

KUALA TERENGGANU: Kerana cemburu, seorang wanita bertindak menumbuk muka bekas isteri teman lelakinya, dalam satu kejadian di sebuah stesen minyak di Batu Buruk, di sini, Isnin lalu.

Sebelum kejadian kira-kira jam 11 malam, mangsa, 22, yang bekerja sebagai juru pam di stesen minyak itu ada berjumpa bekas suaminya untuk mengambil duit perbelanjaan bulanan anak-anak mereka.

Menurut sumber, bagaimanapun, semasa mangsa menghampiri bekas suaminya yang ketika itu sedia menunggu di satu sudut di stesen minyak tersebut, secara tiba-tiba muncul seorang wanita dikenali menaiki sebuah kereta.

“Mungkin tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, sejurus ternampak wanita itu yang juga merupakan kekasihnya, bekas suami mangsa terus melarikan diri tanpa sempat menyerahkan wang seperti dijanjikan.

“Suspek yang ketika itu pula ditemani dua lagi rakan wanitanya terus datang ke arah mangsa lalu meluahkan rasa tidak puas hatinya sebelum bertindak menumbuk muka wanita malang itu,” katanya.

Sumber berkata, tidak cukup dengan itu, dua rakan suspek yang turut mengenali mangsa cuba masuk campur dengan bertindak memukul dahi wanita itu menggunakan botol budu yang sengaja dibawa sehingga luka.

“Meskipun melihat kecederaan yang ditanggung mangsa, salah seorang daripada mereka masih bertindak kejam dengan mengacukan pisau yang dibawa ke arah mangsa sambil mengugut mahu menikamnya.

“Terkejut dengan perbuatan melampau mereka, mangsa memberanikan diri cuba melawan tetapi dengan sedikit tenaga dan dalam kesakitan, dia tidak mampu melawan kudrat ketiga-tiga suspek itu,” katanya.

Jelas sumber, mangsa yang ditinggalkan bersendirian menahan kesakitan akibat kecederaan dialami diselamatkan rakan sekerja yang hanya menyedari kejadian terbabit selepas kesemua suspek meninggalkan lokasi.

“Disebabkan kecederaan yang agak serius, mangsa dihantar mendapatkan rawatan susulan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, sebelum pihak hospital mengarahkan mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian,” katanya.

Selain mengikut arahan, mangsa yang turut bimbang akan keselamatan dirinya dan ahli keluarga yang lain pada masa akan datang mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan menjelaskan kes masih dalam siasatan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");