Berita Hari Ini

Gesa sekolah wujud permuafakatan dengan semua pihak

SUNGAI PETANI – Kementerian Pendidikan menggesa semua sekolah untuk mewujudkan permuafakatan dengan ibu bapa, badan bukan kerajaan dan alumni sekolah bagi memperkasakan perkembangan positif pelajar, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata, ia melalui penglibatan semua pihak tersebut dalam aktiviti kokurikulum, kemasyarakatan dan pemantauan displin di sekolah yang akan membolehkan ibu bapa berinteraksi lebih kerap dengan pihak sekolah.

Jelasnya, ini kerana kebiasaannya program-program utama di sekolah seperti Hari Anugerah Pelajar Cemerlang dan Hari Sukan Sekolah banyak dikendalikan oleh guru dan pelajar, manakala ibu bapa hanya akan hadir untuk menghadiri majlis tersebut.

“Contohnya dalam satu-satu sekolah ada 700 ibu bapa, berapa peratus ibu bapa ini yang selalu ke sekolah bertanyakan perkembangan anak-anak mereka.

“Jadi apabila kita wujudkan permuafakatan dan ibu bapa ikut serta dalam program, ini secara tidak langsung membolehkan mereka berinteraksi dengan guru-guru untuk mengetahui prestasi anak mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan kerja di Sekolah Menengah Kebangsaaan Kota Kuala Muda yang turut dihadiri Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof dan Pengarah Pendidikan negeri Datuk Azuyah Hassan.

–Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");