Perak Hari Ini

Isu Pemecatan : Penilaian Dibuat Dari Pelbagai Sudut – Zambry

IPOH : Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, Majlis Tertinggi (MT) UMNO telah membuat penilaian daripada pelbagai sudut sebelum membuat keputusan untuk memecat keahlian Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dari UMNO.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri berkata, kedua-dua pemimpin itu didapati melanggar peraturan dan perlembagaan parti.

“Ia merupakan satu keputusan yang dibuat oleh MT UMNO kerana penilaian telah dibuat dari pelbagai sudut dan keseluruhan ahli-ahli majlis telah membuat keputusan ini.

“Parti perlu membuat satu keputusan walaupun ianya terlalu sukar untuk dibuat terhadap mereka yang menjawat jawatan tertinggi di peringkat parti,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri@Shoping Raya Bersama Anak Angkat Menteri Besar Perak 2016, di sini, tengah hari tadi.

Terdahulu, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO telah mengumumkan bahawa Muhyiddin dan Mukhriz dipecat dari UMNO manakala Datuk Seri Shafie Apdal digantung keahliannya.

Ujar Zambry lagi, perundangan dalam parti telah menetapkan apabila ada di kalangan ahli-ahli parti melepasi had yang ditetapkan, maka tindakan akan diambil.

“Apabila sempadan itu telah ditetapkan dan terdapat ahli parti yang berada di luar atau merentasi sempadan itu, maka tindakan akan diambil,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");