Perak Hari Ini

Jangan Salah Tafsir Program Anak Angkat Menteri Besar

IPOH : Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini menyatakan bahawa terdapat cubaan daripada beberapa pihak untuk mengelirukan orang ramai mengenai program Anak Angkat Menteri Besar yang memasuki tahun keenam penganjurannya.

Ujarnya, program tersebut diadakan melalui Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) hasil daripada sumbangan yang diterima oleh YBUDR dan orang ramai.

“Saya ingin jelaskan tentang perkara ini kerana terdapat suara-suara sumbang yang kedengaran seolah-olah mereka mempertikaikan di mana saya mengambil duit kerana nama program ini adalah program anak angkat Menteri Besar.

PERAKTODAY4

“Nama program ini adalah program anak angkat menteri besar tetapi ianya dibuat melalui YBUDR, hasil daripada sumbangan orang ramai dan yang diterima oleh YBU,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri@Shoping Raya Bersama Anak Angkat Menteri Besar Perak 2016, di sini, hari ini.

Oleh itu, beliau berharap masyarakat tidak menyalahtafsirkan program tersebut demi memenuhi agenda di kalangan pihak yang tidak bertanggungjawab.

PERAKTODAY

“Kita telah berjaya melahirkan anak-anak angkat daripada keluarga miskin dan ada di kalangan mereka telah berjaya menjejakkan kaki ke universiti, politeknik dan sebagainya.

“Walaubagaimanapun, saya tidak terkesan dengan perkara-perkara seumpama ini kerana niat kita adalah baik dan kita dapat melihat hasilnya hingga ke saat ini,”ujarnya.

Dalam majlis itu, Zambry dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli turut menyampaikan duit raya kepada 119 anak angkat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");