Sukan Hari Ini

‘Kami tak takut Itali’

Evian, Perancis: Jerman yang memiliki rekod kurang baik setiap kali bertemu Itali dalam kejohanan utama langsung tidak membuatkan juara dunia itu fobia apabila kedua-dua musuh ketat itu bertemu pada aksi suku akhir awal pagi Isnin ini, kata jurulatih Joachim Loew.

Jerman yang juga juara dunia empat kali selain memenangi tiga gelaran benua sering tumpas kepada Itali dalam aksi pusingan kalah mati Piala Dunia dan Euro, termasuk separuh akhir Piala Dunia 1970, final Piala Dunia 1982, separuh akhir Piala Dunia 2006 dan separuh akhir Euro 2012.

Kekalahan pada 2012 adalah dibawah kendalian Loew dan ia memberikan kenangan pahit buat pasukan itu dengan Jerman yang diletakkan sebagai pilihan tewas 0-2 kepada Itali.

“Kami tidak pernah menewaskan mereka dalam kejohanan, tapi kami tidak fobia dengan Itali. Saya tidak terlalu memikirkan mengenai keputusan lalu,” kata Loew.

“Mereka kini pasukan yang berbeza. Itu adalah kopi lama, sekarang espresso yang baru lebih segar dan saya harap rasanya akan menjadi lebih baik dalam aksi itu,” kata Loew yang memberi perumpamaan daripada kopi yang digemarinya.

Itali mara ke kelompok lapan terbaik selepas mengejutkan juara bertahan Sepanyol 2-0.

Loew yang mengemudi Jerman menjuarai Piala Dunia 2014 berkata, pemainnya yang berjaya menewaskan Itali 4-1 pada aksi persahabatan Mac lalu, kini cergas sepenuhnya dan mempunyai rehat yang cukup sebelum berdepan Azzurri di Bordeaux.

“Kami tidak takut kepada mereka. Kami tahu apa yang pasukan ini boleh lakukan dan jika kami melakukannya, maka kami mempunyai peluang yang baik untuk menang,” ujar jurulatih itu.harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");