Jenayah

Kanak-kanak maut lori dipandu datuk terbabas

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki maut manakala adik perempuannya cedera apabila lori yang dipandu datuk mereka terbabas dan terhumban ke bawah tebing di Jalan Sungai Tua, Ulu Yam, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa Engku Shahmi Engku Shahrizal, 11, meninggal dunia di tempat kejadian manakala adiknya Engku Shakira, 9, dan seorang lagi kanak-kanak perempuan,iaitu rakan mereka yang hanya dikenali sebagai Elly, 11, turut cedera.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad ketika dihubungi Bernama berkata, pemandu Khamis Selamat, 69, tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kejadian berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari Ulu Yam menuju ke Selayang. Ketika tiba di tempat kejadian, salah satu tayar lori satu tan yang dinaiki bocor yang menyebabkan pemandu hilang kawalan sebelum kenderaan itu terbabas,” katanya.

Katanya mayat kanak-kanak tersebut dan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Selayang.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");