Membawang Hari Ini

Kanye West Cabar Selebriti Dalam ‘Famous’ Fail Saman Terhadapnya

PENYANYI rap Kanye West mencabar 10 selebriti yang muncul dalam muzik video kontroversi terbaharunya berjudul Famous memfailkan saman terhadapnya.

Kanye menerusi Twitter berkata, dia berasa pelik masih belum ada seorang pun selebriti bertindak demikian atau pun bersuara mengenai kemarahan mereka tentang tindakannya.

“Boleh tak sesiapa failkan saman terhadap saya sekarang? Saya tunggu,” katanya.

Bagaimanapun Kanye memadam status berkenaan selepas beberapa jam ia dimuat naik.

Menerusi muzik video berkenaan, Kanye menggambarkan dia bersama isterinya Kim Kardashian berkongsi katil dengan sepuluh selebriti lain dalam keadaan bogel.

Sepuluh selebriti berkenaan adalah Ray J, Amber Rose, Caitlyn Jenner, Bill Cosby, George W. Bush, Donald Trump, Anna Wintour, Rihanna and Chris Brown.

Kanye dikatakan menggunakan teknik pengimejan berkomputer (CGI) bagi menghasilkan watak-watak menyerupai selebriti terkenal itu.

Muzik video Famous dilancarkan pada 24 Jun lalu dalam satu acara eksklusif di Los Angeles.

Sementara itu, Chris Brown adalah satu-satunya artis yang memberi respons terhadap muzik video berkenaan dan menyifatkan Kanye seorang yang gila tetapi berbakat besar.

Bagaimanapun sumber memberitahu penyanyi Taylor Swift tidak gembira dengan penampilannya dalam Famous yang jelas telah memalukannya.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");