Berita Hari Ini

Kes tidak ambil imunisasi di Terengganu meningkat

KUALA TERENGGANU – Jumlah kanak-kanak yang tidak mendapatkan suntikan imunisasi secara lengkap di Terengganu meningkat kepada 85 orang sejak Januari hingga Mac tahun ini berbanding hanya 72 orang tahun lalu.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Mohamad Omar berkata, jumlah itu berada pada tahap membimbangkan kerana menunjukkan peningkatan ketara sejak 2013.

Menurutnya, pada 2013, hanya 22 kanak-kanak yang tidak mendapatkan suntikan imunisasi lengkap dan diikuti 47 kanak-kanak pada 2014.

“Melihat peningkatan ini, kita menggesa kepada ibu bapa supaya mendapatkan suntikan imunisasi kepada anak-anak mereka bagi mengelak terdedah dan terkena penyakit berjangkit seperti difteria.

“Ibu bapa perlu peka dengan pengambilan suntikan ini kerana ia boleh menghindarkan terdedah dengan pelbagai jenis penyakit lain,” katanya.

Beliau berkata, walaupun sehingga kini di Terengganu tiada kes difteria direkodkan, langkah awal perlu diambil terutama peranan besar penjaga dengan memastikan anak-anak mendapat suntikan imunisasi yang lengkap.

“Kita harap masyarakat terutama ibu bapa lebih peka dan sensitif dengan perkara begini bagi memastikan kes serta penyakit seperti difteria ini tidak menular di negeri ini sekali gus dapat mencegah daripada diserang penyakit,” katanya.

Jelasnya, keengganan dan kegagalan ibu bapa mendapatkan vaksin untuk anak mereka bukan sahaja membahayakan nyawa anak-anak dan anggota keluarga, malah anggota masyarakat yang lain.

Beliau berkata, perkara itu timbul akibat salah faham dan kepercayaan masyarakat mendapat maklumat daripada sumber terbuka seperti media sosial tidak diketahui kredibiliti dan tahap keilmuannya.

“Pelbagai alasan diberikan seperti untuk mendapatkan perubatan alternatif dan tidak perlu mengambil suntikan itu, takut anak mereka mendapat kesan sampingan sementara menunggu anak mereka mendapat ketahanan semula jadi.

“Kita dapati ibu bapa lebih percaya dengan mitos di laman sosial dan pengaruh rakan-rakan sehingga gagal berbuat demikian tanpa memikirkan kesan anak mereka dijangkiti penyakit,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");