Sukan Hari Ini

Lagi bintang golf tarik diri Olimpik kerana Zika

JOHANNESBURG: Bintang golf Afrika Selatan, Branden Grace muncul pemain terbaharu menarik diri daripada beraksi di temasya Sukan Olimpik Rio, Brazil disebabkan kebimbangan ancaman virus Zika.

Pemain berusia 28 tahun yang ketika ini menghuni ranking ke-11 dunia dan memenangi gelaran Jelajah PGA pertama di RBC Heritage pada April lalu menyertai kelompok bintang golf lain yang menarik diri daripada beraksi di Rio seperti Rory McIlroy dan Graeme McDowell.

Ancaman virus bawaan nyamuk itu dikatakan menjadi alasan utama penarikan diri beberapa pemain golf utama ketika sukan golf kembali ke Olimpik buat pertama kali sejak 1904.

Grace yang memiliki tujuh gelaran di Jelajah Eropah adalah pemain ketiga dari benua Afrika yang menarik diri daripada beraksi di Rio dan berkata keinginannya untuk berkeluarga menjadi alasan utama terhadap keputusan itu.

“Selepas pertimbangan yang serius, dengan rasa berat hati, saya sudah memutuskan untuk menarik diri daripada beraksi di Olimpik disebabkan risiko yang disebabkan oleh virus Zika,” kata Grace dalam satu kenyataan.

“Sekali pun ia adalah sasaran utama saya untuk mewakili negara saya dalam Olimpik, saya akan berkahwin pada November dan (pasangan saya dan saya) berharap untuk memulakan keluarga pada masa depan, jadi saya perlu memastikan kesihatan keluarga saya terlebih dulu.”

McIlroy muncul pemain berprofil tinggi pertama yang mengesahkan tidak beraksi di Rio dan ia diikuti bintang golf Fiji, Vijay Singh, Marc Leishman (Australia) dengan McDowell menyertai senarai itu, semalam. – AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/168082?m=1

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");