Sukan Hari Ini

Maafkan saya England!

“DARI lubuk hati saya, saya minta maaf.”

Itulah kata-kata penjaga gol England, Joe Hart selepas pasukannya tersingkir daripada Euro 2016 setelah diaibkan Iceland 1-2 pada aksi kalah mati, awal pagi semalam.

Hart berkata, beliau mengakui kesilapannya apabila gagal menepis rembatan Kolbeinn Sigthorsson dengan baik menyaksikan bola sekadar bergolek melepasi garisan gol sekali gus membolehkan Iceland meraih kemenangan.

Ia adalah kesilapan besar kedua Hart dalam kejohanan ini selepas sepakan percuma jarak jauh Gareth Bale turut bergolek masuk menewaskannya dalam perlawanan peringkat kumpulan menentang Wales.

“Saya sedia terima kritikan, Ia benar-benar meluluhkan. Sebagai sebuah pasukan, kami sangat kecewa tapi secara peribadi, saya hanya mampu memohon maaf kerana membenarkan Iceland mendahului sedangkan kami sepatutnya mendominasi perlawanan.

“Mereka (penyokong) telah menyokong kami dengan baik dan kami mengucapkan terima kasih kepada mereka untuk itu,” kata Hart ketika ditanya perasaannya selepas kekalahan mengaibkan itu

Ketika ditanya adakah faktor The Three Lions terlalu yakin punca mereka tewas, penjaga gol Manchester City itu tidak menafikannya.

“Kami tersingkir kepada Iceland dan kami perlu menerima padahnya.

“Ia adalah satu detik yang sukar dalam kerjaya kami. Kegagalan ini akan tercatat dalam buku sejarah dan kami perlulah menanganinya,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");