Berita Hari Ini

Malaysia tidak terkesan isu Britain keluar EU

SHAH ALAM – Tindakan rakyat Britain yang memutuskan untuk mengundi keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) tidak akan memberi kesan besar kepada ekonomi negara ini.

Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UMS), Prof Dr Shazali Abu Mansor berkata, Malaysia tidak akan terjejas malah tindakan Britain tersebut akan memberi manfaat kepada negara ini untuk tempoh jangka masa panjang khususnya dalam aspek pelaburan.

“Dari segi mata wang, nilai pound dijangka akan susut sedikit dan mana-mana rakyat negara ini yang mempunyai pelaburan di negara tersebut juga akan sedikit terkesan dalam tempoh peralihan ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Online hari ini.

Dalam pada itu, Shazali memaklumkan bahawa untuk tempoh jangka masa panjang, pelabur-pelabur di Britain berkemungkinan akan beralih arah ke negara-negara Asean bagi meluaskan pelaburan mereka berikutan daripada ketidaktentuan ekonomi yang berlaku di negara berkenaan.

Selain daripada itu, Shazali memaklumkan bahawa tindakan Britain itu bakal memberi sedikit kesan kepada ekonomi dunia namun begitu lama-kelamaan keadaan itu akan kembali stabil.

“Keadaan ekonomi Eropah dijangka tidak menentu pada masa kini dan dalam keadaan itu, ia akan juga memberi kelebihan buat negara-negara yang menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) berikutan akan menjadi tumpuan pelabur selepas ini,”katanya.

Selain daripada itu, Shazali memaklumkan bahawa keputusan Britain untuk keluar daripada EU tidak akan mempunyai kesan secara langsung ke atas Malaysia berikutan asas teguh yang telah terbina dalam hubungan dua hala di antara kedua-dua negara ini.

Hari ini, rakyat Britain memutuskan untuk mengundi keluar daripada EU selepas berada dalam kesatuan itu selama 43 tahun bermula 1973.

Difahamkan, pungutan suara sama ada Britain sewajarnya meninggalkan EU adalah amat sengit tetapi 52 peratus undian memihak kepada kem ‘keluar’ daripada EU berbanding 48 peratus undian yang diterima kem ‘kekal’.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");