Perak Hari Ini

MBI Seru Kerjasama Peniaga Laksana Naik Taraf Gerbang Malam

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) meminta agar semua pihak termasuk peniaga dan pekedai di sekitar gerbang malam di Jalan Tahwil Azar memberikan kerjasama yang baik untuk merealisasikan cadangan projek menaiktaraf jalan tersebut pada Julai depan.

Saranan itu dilontarkan oleh Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man semasa sesi Townhall bersama pekedai dan peniaga gerbang malam di Bangunan MBI hari ini.

Perbincangan tersebut berlangsung dengan baik yang turut dihadiri Setiausaha Bandaraya Mohd Zakuan Zakaria dan
Ahli Jawatankuasa Majlis Masyarakat serta Ahli Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP).

Cadangan menaiktaraf Jalan Tahwil Azar (gerbang malam) dijangka akan dilaksanakan bermula pada 13 Julai 2016 dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh tujuh bulan.

PERAK TODAY 2

Pada majlis tersebut turut berlangsung perbincangan jadual kerja yang turut melibatkan pemindahan operasi gerbang malam dan penutupan jalan yang akan dilaksanakan pada awal bulan September 2016.

Menurut Zamri kerjasama semua pihak diperlukan bagi membantu melancarkan proses pembinaan supaya semua pihak berpeluang menikmati pembangunan secara bersama.

Projek bernilai sekitar RM3.5 juta ini akan melibatkan proses penurapan jalan, menaiktaraf longkang yang terbuka kepada tertutup, pemasangan lampu jalan serta pemasangan kabel ‘paver’ di ruang laluan.

MBI juga telah mencadangkan lokasi pemindahan peniaga gerbang malam sementara berikutan pembinaan tersebut iaitu di Jalan Tingkat Pasar, Hala pasar Baru dan lintasan pasar baru berdekatan Bangunan Pusat Transformasi Bandar UTC dan pasar ayam.

Cadangan projek ini juga turut melibatkan perubahan di beberapa gerai di Medan Selera Dato Tahwil Azar bagi pembinaan tandas dan surau baru untuk orang ramai.

Bagaimanapun sesi perbincangan bersama peniaga dan pekedai giat dijalankan untuk memastikan pelaksanan menaiktaraf jalan tersebut lancar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");