Sukan Hari Ini

Messi umum hasrat bersara

LIONEL Messi mengumumkan hasratnya bersara dari arena bola sepak antarabangsa selepas Argentina tunduk kepada Chile dalam perlawanan akhir Copa America Centenario, semalam.

Bintang Barcelona itu jelas kecewa selepas terlepas sepakan penalti sekali gus membolehkan Chile merampas kejayaan yang ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

Ini adalah kekalahan keempatnya di pentas final sesebuah kejohanan – sesudah beraksi dalam kekalahan Copa America 2007 kepada Brazil – dengan Argentina masih kemarau trofi utama selama 23 tahun.

Bintang Barcelona itu mengakui final di Stadium MetLife berkenaan hampir pasti adalah yang terakhir buatnya ketika menyarung jersi Argentina.

“Keputusan sudah pun dibuat. Setakat ini jelah. Saya sudah lakukan segala yang saya boleh, saya berada dalam empat final dan ia menyakitkan apabila tidak muncul juara.

“Ia adalah untuk kebaikan semua orang. Kami tidak berpuas hati dengan hanya layak ke final dan tidak memenanginya.

“Saya sudah banyak mencuba untuk menjadi juara bersama Argentina. Ia tidak berlaku,

“Saya memikirkannya dalam bilik persalinan dan ini adalah yang terakhir buat saya dalam pasukan kebangsaan,” kata pemain berusia 29 tahun itu.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");