Berita Hari Ini

Pastikan vaksin anak lengkap, elak jangkitan

SUNGAI PETANI – Jabatan Kesihatan Negeri Kedah menasihati ibu bapa untuk memastikan setiap anak menerima imunisasi lengkap bagi mengelakkan terkena jangkitan terutama apabila meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Pengarahnya, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, pemeriksaan boleh dilakukan dengan menyemak kad kesihatan anak masing-masing dan sekiranya masih belum berbuat demikian (imunisasi), boleh mendapatkannya di klinik kesihatan berhampiran.

Menurutnya, ia bertujuan melindungi kanak-kanak daripada jangkitan sebarang penyakit boleh dicegah vaksin kerana dalam tempoh cuti dan Hari Raya, akan berlaku pergerakan orang ramai.

“Tidak dinafikan vaksin boleh menyebabkan kesan sampingan atau Adverse Events Following Immunization (AEFI) seperti kesakitan dan kemerahan di tempat suntikan mahupun demam.

“Namun kebanyakan daripada kesan sampingan ini atau 98 peratus adalah ringan dan sembuh segera,” katanya.

Jelasnya, Kementerian Kesihatan sentiasa memantau keselamatan penggunaan dan pengambilan ubat dan vaksin di mana Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Kementerian Kesihatan akan mendaftar dan meluluskan sesuatu vaksin sebelum diguna pakai.

“Orang ramai tidak perlu bimbang untuk memastikan anak-anak mereka menerima imunisasi kerana ia dapat mencegah kejadian penyakit berjangkit dan mencegah wabak yang serius,” katanya.

Beliau berkata, Pengesanan aktif kes di lapangan (ACD) mengenal pasti seramai 179 kanak-kanak bawah umur 7 tahun di Flat Paya Nahu, Sungai Petani di mana 146 menerima imunisasi lengkap.

“Seramai 10 orang akan menerima imunisasi hari ini (semalam), manakala 23 orang belum layak menerima vaksinasi sepatutnya.

“Di Langkawi, pengesanan aktif kes di lapangan mengesan lapan kontak di rumah semuanya sudah sihat dan diberi ubat kemoprofilaksis.

“Pengesanan kontak di tadika mengenal pasti seramai 22 kanak-kanak di mana 20 mendapat imunisasi lengkap dan dua dalam verifikasi,” katanya.

Beliau mengesahkan lima beradik yang ditempatkan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dan satu kes di Langkawi telah dibenarkan pulang.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");