Perak Hari Ini

Pembangkang Perlu Kemuka Bukti

KUALA KANGSAR : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembangkang perlu mengemukakan bukti bahawa Parlimen Kuala Kangsar mempunyai masalah dari segi infrastruktur asas seperti yang didakwa.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, pihaknya akan mengambil tindakan dengan segera sekiranya terdapat isu pembangunan luar bandar yang perlu diselesaikan.

“Pembangkang boleh membawa apa sahaja isu, tetapi dari segi pembangunan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak banyak perkara yang telah kita lakukan.

“Bagi Parlimen Kuala Kangsar, saya percaya kemudahan semua dah ada, bukan sahaja jalan masuk ke kampung, malah pelbagai lagi kemudahan tambahan turut kita sediakan.

“Soal kecil seperti jalan kampung yang pecah, itu memang sentiasa berlaku dan ianya tidak boleh dianggap sebagai tiada pembangunan. Kita akan baiki,”ujarnya ketika ditemui pemberita selepas beliau merasmikan Tuisyen Rakyat@KKLW di Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.

PERAKTODAY4

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang dakwaan calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar yang akan membawa isu pembangunan kawasan pedalaman ke Parlimen sekiranya memenangi kerusi tersebut.

Dalam masa yang sama, beliau turut  mengulas berhubung tindakan Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Harman Jamalullail yang mengumumkan akan bertanding di PRK Kuala Kangsar sebagai calon bebas.

“Malaysia sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Siapa yang nak bertanding, boleh bertanding. Tidak ada sekatan.

“Tetapi seperti apa yang disebut oleh UMNO Malaysia, siapa-siapa yang nak bertanding (sebagai calon) bebas, akan gugur keahlian secara automatik,”ujarnya.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata, mana-mana ahli parti itu yang menjadi calon, pencadang, atau penyokong parti pembangkang dalam pilihan raya akan dipecat.

Ujarnya, perkara itu telah pun termaktub dalam perlembagaan UMNO dan tindakan tegas serta-merta akan diambil kepada ahli parti yang menentang UMNO.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");