Panasnya Hari Ini

Pemecatan Muhyiddin, Mukhriz Beri Semangat Baru

KUALA LUMPUR : Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menegaskan bahawa pemecatan dua pemimpin kanan parti UMNO akan menyuntik semangat baharu kepada gerakan yang mahu Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

Berikutan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada presiden parti, kerana telah memecat keahlian Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

“Saya mahu berterima kasih kerana memecat dua pemimpin ini kerana ia akan menyuntik semangat baru dalam gerakan kita (mendesak perdana menteri meletak jawatan).

“Najib, jangan terlalu angkuh. Jika pimpinan UMNO kata parti sudah kuat, insha-Allah kita akan jadikan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sebagai kayu ukur kekuatan itu,”katanya, lapor Free Malaysia Today.

Terdahulu, Najib mengumumkan pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz berkuat kuasa serta merta kerana kedua-dua pemimpin itu menyerang kepimpinan parti.

Majlis Tertinggi UMNO juga turut mengumumkan penggantungan keahlian seorang lagi pemimpin UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal sehinggalah jawatankuasa disiplin selesaikan siasatan terhadap Naib Presiden itu.

Khairuddin bagaimanapun berkata, beliau percaya bahawa Shafie juga akan dipecat dan beliau mengalu-alukan langkah tersebut.

“Lebih ramai pimpinan UMNO (yang hanya mahu mendukung kebenaran berdasarkan ajaran sebenar Islam) mereka pecat, kita semakin kuat.

“Kepimpinan Majlis Tertinggi UMNO sekarang ini, termasuklah ketua-ketua bahagian tidak lagi berpegang kepada prinsip agama.

“Mereka sanggup bersekongkol dan menyokong rasuah dan penyelewengan demi jawatan, poket dan perut,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");