Panasnya Hari Ini

Rasuah Tidak Pernah Sehebat Ini – Tun M

KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui wujud amalan rasuah pada zaman pentadbirannya selama 22 tahun.

Walaubagaimanapun, Tun Mahathir berkata, apa yang berlaku pada ketika ini jauh lebih teruk berbanding ketika zaman pentadbirannya itu.

Tun Mahathir yang merupakan perdana menteri keempat berkata, gejala rasuah turut berlaku di semua negara namun, tahap amalan itu yang menentukan sama ada ia buruk atau terkawal.

“Saya mengaku ketika masa saya ada amalan rasuah, tetapi tidak sehebat pembabitan Najib yang membabitkan berbilion-bilion, puluhan billion ringgit.

“Ia tidak pernah dilakukan atau didengari di negara ini,”ujarnya, lapor Malaysiakini.

Beliau berkata demikian dalam satu program bual bicara dengan stesen televisyen Al Jazeera.

Sebelum itu, pengacara program berkenaan, Mehdi Hasan menyoal Tun Mahathir mengenai amalan rasuah ketika beliau mengetuai kerajaan Malaysia.

Tun Mahathir turut berkata, Malaysia tidak mungkin mencapai kemakmuran sekiranya beliau adalah tokoh yang korup.

“Sebuah negara yang korup tidak boleh maju. Pada era saya, negara menunjukkan kejayaan.

“Ia begitu makmur dan rakyat gembira menyokong kerajaan saya dan setiap pilihan raya selama lima kali, saya memenanginya dengan majoriti dua per tiga,”ujarnya.

Pada masa yang sama, Tun Mahathir turut berkata, sekiranya tuduhan rasuah yang dilemparkan kepadanya benar, beliau tentu dihadapkan ke mahkamah.

Sementara itu, beliau turut mempertahankan tindakan beliau untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Ujarnya, tindakan itu adalah kerana Najib kini telah menutup semua saluran demokrasi untuk terus berkuasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");