Membawang Hari Ini

Segak berbaju Melayu

Bagi jejaka, andai berbaju Melayu mampu menyerlahkan ketampanan. Pastinya penampilan kelihatan segak dan kemas.

Lebih manis apabila pemakaian baju Melayu lengkap dengan samping bersulam benang emas mahupun perak.

Ternyata pakaian tradisional ini masih menjadi pilihan selebriti lelaki popular sewaktu menghadiri majlis Melodi Raya 2016 dan Prebiu Media Syukur Selalu Syawal TV3.

Menarik apabila kebanyakan selebriti ini menggayakan baju Melayu cekak musang, dengan butang bertakhta kristal.

Lihat saja gaya pemakaian baju Melayu oleh penyanyi Asfan dan Zahid yang memilih samping warna lembut dengan sulaman motif tumbuh-tumbuhan.

Pelakon utama drama Akadku Yang Terakhir, Amar Baharin mengayakan baju Melayu hitam sedondon samping membuatkan sulaman benang perak pada sampingnya sungguh menyerlah.

Evolusi pemakaian baju Melayu juga berubah seperti ditampilkan beberapa selebriti yang hadir pada majlis terbabit.

Seharusnya apabila memakai baju Melayu cekak musang, samping harus dilipat di luar baju. Begitupun, dewasa ini ada yang lebih senang mengikut cara pemakaian baju Melayu Johor yang samping dilipat di dalam seperti digayakan Black Hanifah.

Bagi memastikan penampilan menjadi perhatian, pelakon muda Nazrief Nazri memilih baju Melayu mempunyai perincian istimewa di bahagian bahu dan poket.

Sementara pelakon Saharul Ridzwan pula menggayakan baju Melayu potongan moden tanpa samping. Penampilannya nampak sangat ‘simple’.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");