Sukan Hari Ini

Sepanyol Gigit Jari

HASRAT Sepanyol untuk mempertahankan gelaran juara Euro terbantut selepas dikejutkan dengan kekalahan 0-2 di tangan Itali pada pusingan 16 pasukan terbaik yang berlangsung di Stade de France, awal pagi Selasa.

Kemenangan Itali itu dilihat sebagai ‘balas dendam’ terhadap kekalahan pada aksi final Euro 2012 sekali gus membolehkan pasukan tersebut mara ke pusingan suku akhir. Pada pusingan suku akhir Ahad ini, Itali akan bertemu juara dunia, Jerman.

Dua gol Itali dijaringkan pertahanan tengah, Giorgio Chiellini dan Graziano Pelle.

Di sebalik kekalahan Sepanyol, pujian harus diberikan kepada David de Gea yang banyak menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya untuk mengelak asukan itu tewas dengan jaringan lebih besar.

Perlawanan yang berlangsung dalam keadaan hujan di awal permainan, menyaksikan Itali bermula garang dengan dua percubaan dalam tempoh 10 minit menerusi tandukan Pelle dan sepakan gunting Emanuele Giaccherini tetapi berjaya ditepis De Gea.

Sepakan percuma yang disempurnakan Eder pada minit ke-33 turut berjaya ditangkap kemas De Gea. Chiellini menyuntik semangat Itali apabila menjaringkan gol pertama selepas berjaya membolosi dengan mudah benteng pertahanan Sepanyol.

Sepanyol yang gagal memperaga corak permainan tiki-taka disebabkan taktik Itali yang lebih suka menekan lawan berpeluang meledak gol penyamaan menerusi Aritz Aduriz pada minit ke-69 tetapi tersasar sebelum voli Iniesta ditampan Gianluigi Buffon pada minit ke-76.

Namun peluang Sepanyol untuk mencipta gol penyamaan tidak kesampaian selepas Pelle meledak gol kedua pada masa tambahan.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");