Berita Hari Ini

Serangan Di Istanbul Tindakan Amat Dikesali – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata serangan pengebom bunuh diri di Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul amatlah dikesali dan harus dikutuk sekeras-kerasnya oleh masyarakat antarabangsa.

Menurut laporan dari Turki, keganasan itu mengorbankan 41 orang dan lebih 230 orang lagi cedera.

Ketika mengutuk serangan itu, Ahmad Zahid berkata, Malaysia terkejut dan sedih setiap kali negara-negara sahabat dan wilayahnya diserang oleh pengganas.

“Kami merakamkan simpati dan takziah kepada keluarga mangsa dan juga kepada kerajaan Turki yang cintakan keamanan kerana menghadapi ujian semasa bulan Ramadan yang mulia ini,” kata beliau dalam satu kenyataan, Rabu.

Ahmad Zahid menegaskan bahawa usaha memerangi keganasan tidak akan terhenti malah akan diteruskan.

“Marilah kita semua teguh dan bersatu-padu dalam memerangi keganasan, sama ada di negara sendiri atau di tempat lain. Kita tidak akan berhenti sehingga mereka ditumpaskan sepenuhnya,” katanya.

Tiga penyerang bunuh diri dilaporkan melepaskan tembakan sebelum meletupkan diri mereka di bangunan lapangan terbang pada lewat Selasa.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");