Sukan Hari Ini

Southgate Enggan Ganti Posisi Hodgson

PENGURUS skuad Bawah 21 tahun (B-21) England, Gareth Southgate tidak berminat untuk mengambil alih jawatan yang ditinggalkan Roy Hodgson.

Hodgson meletak jawatan selepas mengemudi England selama empat tahun susulan kekalahan di tangan Iceland pada kelompok 16 pasukan terbaik Euro 2016, awal pagi Isnin.

Akibatnya, England tersingkir dan gagal meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir.

FA dilaporkan sedia mempertimbangkan Southgate, 45, sebagai pengurus interim sementara mencari pengganti Hodgson.

Pada Selasa, Ketua Eksekutif Martin Glenn berkata FA mahukan seorang pengurus baharu sebelum aksi kelayakan Piala Dunia menentang Slovakia pada 4 September ini.

Sekiranya FA tidak menjumpai pengganti yang sesuai, Glenn berkata Southgate yang juga bekas pemain pertahanan England akan dipertimbangkan untuk mengisi posisi Hodgson buat sementara waktu.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");