Berita Hari Ini

Tahfiz Muda ikon #MalaysiaNgaji

IPOH – Tiga pemenang Tahfiz Muda musim pertama dipilih menjadi Ikon #MalaysiaNgaji peringkat negeri Perak, semalam.

Mohamad Aqil Khair Mohamad Fairos, 11, (juara); Fatimah Azzahra Bukhari, 12, (naib johan) dan Muhammad Syadril Idham Sable, 11, (ketiga) masing-masing menerima sijil selepas menyertai program #MalaysiaNgaji di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri bersama hampir 1,000 peserta lain.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, faktor usia tidak boleh dijadikan ukuran dalam proses mendalami al-Quran.

“Kerana itu, kerajaan negeri sentiasa menggalakkan dan menyediakan pelbagai ruang untuk anak-anak muda mendalami al-Quran, ia bukan sahaja untuk difahami dan didalami, tetapi untuk disebarkan agar menjadi dakwah kepada umat Islam lain,” katanya.

Program #MalaysiaNgaji yang diadakan semalam, bukan sahaja dijalankan serentak di seluruh Malaysia tetapi mendapat lebih banyak penyertaan daripada rakyat Malaysia di luar negara seperti United Kingdom, Australia, Mesir, Turki, Amerika Syarikat (AS), Indonesia, Brunei, Singapura dan Arab Saudi.

Ia merupakan program #MalaysiaNgaji tahun kedua. Disambut tarikh sama, iaitu 24 Ramadan.

Menariknya kali ini, program sejam bersama al-Quran ini turut mendapat sokongan dari negara jiran, iaitu Indonesia melalui Lembaga Tadabbur al-Quran yang akan menggerakkan #IndonesiaNgaji sempena #MalaysiaNgaji.

?Program ini merupakan kerjasama Kumpulan Media Karangkraf, Jakim, Perbadanan Perpustakaan semua negeri juga sokongan padu saluran Astro Oasis yang membawakan program Sejam Bersama Al-Quran.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");