Panasnya Hari Ini

‘Taring Tun Mahathir Secara Rasminya Tercabut’

KUALA LUMPUR : Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini dilihat tidak lagi mempunyai ‘taring’, kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau sebaliknya menyarankan agar bekas Perdana Menteri itu memperbanyakkan amal ibadat.

“Taring Tun Mahathir secara rasminya tercabut. Saya sarankan Tun Mahathir banyakkan berada di tikar sejadah dan di hadapan Kaabah.

“Zaman kekuatannya ketika bertempur dengan almarhum Ayahanda TGNA (Datuk Nik Aziz Nik Mat) telah berakhir. Jika Tun kembali kepada Allah dengan taubat yang benar, itulah sebaik-baik kehidupan di hujung hayat,”katanya menerusi catatan di Facebook beliau, hari ini.

Terdahulu, Tun Mahathir turun berkempen bagi calon Parti Amanah Negara (AMANAH) di kedua-dua Parlimen tersebut.

Bagaimanapun, Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kedua-dua kerusi Parlimen itu dengan majoriti yang lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum yang lalu.

Dalam masa yang sama, Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut berkata, keputusan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah laporan awal kekuatan PAS selepas berjaya mengatasi krisis dalaman.

“Ia adalah laporan awal kekuatan PAS selepas berjaya melepasi krisis dalaman yang menyaksikan terkeluarnya anasir yang lemah dan buruk yang berusaha mengubah hala tuju perjuangan PAS.

“Setelah PAS mengukuh kembali dalam tempoh setahun dengan barisan kepimpinan baru yang begitu bersatu menerajui parti, PRK kali ini adalah peluang terbaik untuk PAS melihat tahap sokongan dan kekuatannya di bawah.

“Ia adalah sokongan yang benar dan paling tepat terhadap PAS setelah ia bersendiri bersama IKATAN di dalam blok ketiganya yang baru,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");