Membawang Hari Ini

Tenaga Pengajar Turun Padang Cari Peserta AF 2016

KUALA LUMPUR: Program Akademi Fantasia 2016 (AF 2016) bakal memperlihatkan tenaga pengajar turun padang sebagai juri sewaktu sesi uji bakat yang akan diadakan pada Julai depan.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, kelainan itu bagi membolehkan kesemua tenaga pengajar memilih sendiri peserta berpotensi dalam membimbing dan mempersiapkan mereka bergelar bintang.

“AF 2016 masih mengekalkan format sama cuma istimewanya kali ini juri yang memilih peserta itu sendiri,” katanya kepada mStar Online pada sidang media yang diadakan di sini, Selasa.

Uji bakat AF 2016 bakal berlangsung selama tiga hari iaitu 15 hingga 17 Julai depan di The Boulevard – St Premier Hotel, Mid Valley Kuala Lumpur.

Program itu bakal bersiaran bermula Ogos depan di Astro Ria.

Barisan tenaga pengajar pada tahun ini terdiri daripada Edry Abdul Halim (Pengarah Seni Muzik), Linda Jasmine (Guru Tarian & Koreografi) manakala Shahrolbahri bertindak sebagai Guru Vokal.

Edisi kali ini bakal menyaksikan dua wajah baharu menyertai keluarga AF 2016 iaitu Mas Idayu yang bakal memikul tanggungjawab sebagai Guru Persembahan Vokal dan Ellie Suriaty Omar (Guru Seni Persembahan).

Dalam pada itu, Raqim berkata, pihaknya berbesar hati apabila dapat mengumpulkan bekas tenaga pengajar di samping wajah baharu dalam memberi impak maksima kepada peserta tahun ini.

Kata Raqim, pengalaman dan pencapaian kesemua tenaga pengajar dalam bidang masing-masing dapat memberi manfaat kepada peserta.

“Soal pemilihan barisan tenaga pengajar ialah satu proses penting kerana mereka adalah nadi dalam mendidik semua peserta agar bersedia selepas program tamat.

“Tahun ini kami bertuah kerana semua pengajar berkaliber dan mempunyai pengalaman luas,” ujarnya.

Sementara itu, Raqim berkata, tahun ini AF 2016 mengambil pendekatan pro aktif dengan menjalankan uji bakat secara online yang mana calon peserta hanya perlu memuat naik video nyanyian mereka di Instagram.

“Sambutan menerusi platform digital amat mengalakkan dan kami teruskan pada tahun ini.

“Peserta yang terpilih akan dipanggil untuk saringan kedua dan menjalani uji bakat di hadapan juri,” jelasnya.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");