Berita Hari Ini

Tender Kerajaan Negeri Diberikan Secara Adil, Saksama

TEMERLOH: Pemberian tender menggunakan dana Kerajaan Negeri Pahang dilakukan dengan adil dan saksama untuk mengelakkan sebarang unsur rasuah dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata langkah itu menunjukkan Kerajaan Negeri begitu komited membanteras segala perbuatan rasuah di negeri ini.

“Keputusan memberikan tender menggunakan dana kerajaan negeri dibuat oleh Jawatankuasa Tender yang dipengerusikan Pegawai Kewangan Negeri dan bukannya Menteri Besar seperti di negeri lain.

“Kita tidak memilih orang kita kenal sahaja untuk beri tender ini, jangan kata orang kita kenal, kita akan bagi terus…kita tidak buat macam itu. Jika ada orang yang kita tidak kenal sekalipun, kalau orang tersebut boleh buat yang terbaik, sudah tentu kita akan bagi tender ini.

“Kalau dana Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek, kita ada cara lain pula…cuma kalau nilainya melebihi RM3 juta ke atas, ia akan dibawa ke mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri,” katanya ketika berucap menutup wacana bertajuk “Pencegahan Rasuah Bermula Dari Rebung” anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang di sini, Selasa.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");