Perak Hari Ini

The Haven Menang Dua Anugerah Berprestij

IPOH : The Haven Hotel & Residences (The Haven) berjaya melonjakkan nama pusat pelancongan itu ke peringkat yang lebih tinggi apabila memenangi dua anugerah berprestij pada 18 Jun lalu.

Dua anugerah yang dimenangi The Haven ialah Luxury World Wedding Venue (johan global) dan Luxury Hotel Restaurant (johan negara).

Penasihat Tourism Malaysia di Basel, Switzerland, Datuk Jeffery Sandragesan menerima kedua-dua anugerah itu di Grand Hotel Kronenhof Pontresina, Switzerland mewakili The Haven.

Ketua Pegawai Eksekutif The Haven, Peter Chan ketika dihubungi berkata, beliau berasa bangga dengan dua anugerah yang dimenanginya.

“Ini kerana, dunia kini melihat kecantikan yang terdapat di Ipoh apabila memenangi Global Winner of Luxury Wedding Destination ketika bertanding di peringkat antarabangsa.

“Kedua, walaupun masih baru, The Haven’s Cuisines Restaurant kini setanding dengan restoran-restoran lain yang terkenal di Ipoh apabila memenangi anugerah ini,”ujarnya.

Pemenang bagi World Luxury Awards 2016 ditentukan berdasarkan merit menerusi satu tinjauan global antara finalis dan tempoh mengundi bermula dari 7 Mac hingga 18 April.

Bagi makanan halal yang disajikan di The Haven’s Cuisines Restaurant, ianya terkenal menerusi bahan makanan yang segar dan tidak menggunakan sebarang bahan pengawet termasuklah monosodium glutamate (MSG) atau bahan-bahan perasa yang lain.

Terletak di kawasan yang damai, restoran itu beroperasi di kawasan yang terbuka dan menghadap tasik serta dikelilingi oleh bukit batu kapur yang berusia 280 juta tahun yang dinamakan Rockhaven.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");