Berita Hari Ini

Tiga Lelaki Bahrain Antara 15 Pengemis Diselamatkan

GEORGE TOWN: Tiga lelaki Bahrain adalah antara 15 pengemis dan kutu rayau yang diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang dalam operasi di sini, Khamis.

Operasi bermula 3.30 petang itu dijalankan di empat lokasi sekitar daerah Timur Laut iaitu di bazar Ramadan Sungai Nibong dan Taman Tun Sardon serta Queen Street dan Masjid Kapitan Keling.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Timur Laut Rossaffie Ismail berkata selain warga Bahrain itu, tiga lagi rakyat asing yang ditahan ialah dua dari Myanmar (masing-masing seorang lelaki dan wanita) dan seorang lelaki Thailand.

“Selebihnya rakyat tempatan. Kesemua mereka berusia antara 50 dan 70 tahun…ada yang tidur di kawasan kami jalankan operasi kerana tidak mempunyai tempat tinggal,” katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Beliau berkata kesemua mereka yang terdiri daripada 12 lelaki dan tiga wanita itu dipercayai mengemis untuk mendapatkan duit bagi menyara kehidupan mereka.

Rossaffie berkata mereka yang diselamatkan dalam operasi itu dihantar ke pusat tahanan untuk menjalani ujian saringan sebelum ditempatkan di Anjung Indah dan Desa Bina Diri jika tidak mempunyai keluarga manakala yang berkeluarga akan diserah kepada keluarga atau waris mereka.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");